Sunday, December 16, 2012

SANTUBONG RESORT, SARAWAK

Sepi dan kurang menarik, itu yang dapat saya katakan tentang Resort ini. Kawasannya luas serta terdapat banyak bilik namun tidak ramai pengunjung. Saya dimaklumkan resort ini banyak digunakan oleh Kerajaan untuk pelbagai kursus. Suasana serta pemandangannya juga agak terhad kerana berada jauh dari pantai. Pengunjung hanya dapat bermain air dikolam dan menghabiskan masa didalam bilik. Kadar bayaran untuk bilik Superior dengan katil Queen Size juga tidaklah semurah mana (seratus lebih) dengan bufet breakfast untuk dua orang. Saya menginap disini pada 18 Mac 2010 untuk satu malam sahaja. Dari rating 10 saya beri 5 kerana suasana yang agak suram serta pemandangan yang kurang menarik dan sepi.

MASJID KRISTAL, KUALA TERENGGANU

Kali ini kita ke negeri sang penyu plak. Ikon yang popular sekarang ini bagi negeri Terengganu bukanlah sang penyu tetapi Masjid Kristal. Walaupun seringkali ke Terengganu dan acapkali melalui negeri ini, namun saya tidak berkesempatan untuk singgah serta melawat Taman Tamadun Islam serta Masjid Kristal. Namun pada 8 Jun 2010, saya dan isteri serta mak mertua dan keluarga ipar telah berkesempatan untuk melancong kesini. Bertolak pada awal pagi kerana tidak mahu bermalam di Terengganu (1 day free and easy). Setelah sampai ke Kuala Terengganu pada waktu tengahari, kami terus berjumpa dengan kawan ipar yang telah berjanji untuk menjadi pemandu pelancong. Walaupun saya agak biasa dengan bandar ini, namun ipar mungkin tidak mengetahui, jadi saya ikut sahaja. Kami dibawa ke Pasar Payang untuk membeli-belah. Sebagai hadiah untuk isteri tercinta, saya menghadiahkan kain batik berharga RM200++. Seterusnya kami bertolak ke Masjid Kristal melalui Kg. Losong(sempat beli keropok lekor panas2). Masjid Kristal kedengaran gah dengan namanya namun bukan dibuat dari Kristal tetapi besi(besi hapa ntah). Ruang dalamnya terdapat bahagian solat lelaki dan wanita(luas sederhana sahaja). Masjid ini menghadap sungai Terengganu. Bagi yang ingin melancong ke sini, jangan lupa melawat ke Taman Tamadun Islam yang terletak bersebelahan. Selepas itu, kami di bawa menikmati makan malam di Restoren berdekatan Masjid Tengku Tengah Zaharah atau lebih dikenali sebagai Masjid Terapung. Selesai makan kami bersolat di Masjid Terapung sebelum bergerak pulang.

REGENCY RAJAH COURT, KUCHING

Saya menginap disini selama 2 hari 1 malam iaitu pada 16-17 Jun 2010. Bilik yang dipilih ialah Superior Deluxe dengan katil Queen Size. Bilik yang sederhana namun terdapat Mini Bar. Harga seratus lebih(lupa plak) dan ada diskaun bagi kakitangan kerajaan(sila bawa slip gaji atau kad pekerja). Dari segi rating 10 saya beri 6 kerana bilik yang agak jauh dari lif serta suasana yang sederhana. Namun apa yang menarik adalah buffet breakfast yang pelbagai serta tidak ramai orang kerana hanya saya dan isteri yang menikmati sarapan pada waktu itu(terasa café itu ana yang punya,ha2).Namun agak kecewa juga kerana tidak dapat bermain air di kolam renang yang disediakan,hu2…

HOTEL SELESA JOHOR BAHRU

Salam.. Lama sudah tidak update blog ni,tetiba rasa teringin nak post sesuatu,tapi tak tahu tentang apa.Pikir punya pikir,akhirnya terjumpa gambar lama,Hotel Selesa Johor Bahru yang saya dan keluarga tinggal pada 9-11 Nov 2010 kerana isteri menghadiri kursus KISSM.Saya menginap selama 3 hari 2 malam dengan bayaran yang agak munasabah,tapi lupa plak berapa ringgit. Namun,secara keseluruhan dari rating 10 saya bagi 6 kerana suasana yang sederhana disini.Makanan untuk buffet breakfast boleh dikatakan baik dan pelbagai pilihan. Bilik Superior Deluxe dengan katil Queen Size juga agak menarik dengan keluasan yang agak besar.Tandas dilengkapi dengan Jakuzi. Bilik ini disertakan dengan mini bar,jug keetle,tv biasa(bukan LCD) dan lain2 yang biasa terdapat di hotel. Saya berpuas hati berada disini namun agak kecewa kerana tidak dapat merasa keseronokan bermandi-manda di kolam yang cantik yang berada di tingkat berapa entah...

Friday, February 22, 2008