Kali ini kita ke negeri sang penyu plak. Ikon yang popular sekarang ini bagi negeri Terengganu bukanlah sang penyu tetapi Masjid Kristal. Walaupun seringkali ke Terengganu dan acapkali melalui negeri ini, namun saya tidak berkesempatan untuk singgah serta melawat Taman Tamadun Islam serta Masjid Kristal. Namun pada 8 Jun 2010, saya dan isteri serta mak mertua dan keluarga ipar telah berkesempatan untuk melancong kesini. Bertolak pada awal pagi kerana tidak mahu bermalam di Terengganu (1 day free and easy). Setelah sampai ke Kuala Terengganu pada waktu tengahari, kami terus berjumpa dengan kawan ipar yang telah berjanji untuk menjadi pemandu pelancong. Walaupun saya agak biasa dengan bandar ini, namun ipar mungkin tidak mengetahui, jadi saya ikut sahaja. Kami dibawa ke Pasar Payang untuk membeli-belah. Sebagai hadiah untuk isteri tercinta, saya menghadiahkan kain batik berharga RM200++. Seterusnya kami bertolak ke Masjid Kristal melalui Kg. Losong(sempat beli keropok lekor panas2). Masjid Kristal kedengaran gah dengan namanya namun bukan dibuat dari Kristal tetapi besi(besi hapa ntah). Ruang dalamnya terdapat bahagian solat lelaki dan wanita(luas sederhana sahaja). Masjid ini menghadap sungai Terengganu. Bagi yang ingin melancong ke sini, jangan lupa melawat ke Taman Tamadun Islam yang terletak bersebelahan. Selepas itu, kami di bawa menikmati makan malam di Restoren berdekatan Masjid Tengku Tengah Zaharah atau lebih dikenali sebagai Masjid Terapung. Selesai makan kami bersolat di Masjid Terapung sebelum bergerak pulang.
No comments:
Post a Comment